Sunday, October 20, 2013

Tahukah anda ??

1. Tahukah anda mengapa minum susu membantu cepat tidur ?
-> Jika anda minum segelas susu pada malam hari, akan membantu tubuh lebih santai dan tidur anda semakin nyenyak. Susu mengandungi banyak hormon tryptophan yang dapat mewujudkan rasa mengantuk dan membantu tidur lebih nyenyak.

2. Tahukah anda minum air sejuk (berais) menjadikan perut buncit ?
-> Minum minuman sejuk setelah makan boleh menyebabkan perut membuncit akibat timbunan lemak. Hal ini kerana minyak dan lemak yang baru dimakan akan tergumpal akibat air yang sejuk. Gumpalan akan menyebabkan proses pencernaan lebih cepat diserap oleh usus.

3. Tahukah anda berapa kali mata berkedip dalam sehari ?
-> Setiap hari kita berkedip sebanyak kira-kira 15,000 kali. Kenapa ? Tujuannya untuk melindungi kedua-dua bola mata kita.


(^_^) Subhanallah, betapa besarnya hikmah disebalik setiap ciptaan Allah.

الحمد لله على كل نعمة 

~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Wednesday, October 16, 2013

INSAFI DIRI

Tatkala ku bersujud padaMu,
Terasa getar keagunganMu,
Sedar betapa kerdilnya diri ini dihadapanMu, Ilahi
Betapa banyak nya dosa yang telah ku lakukan,
Ibarat pepasir di pantai.

Setiap detik nafas ku insafi,
Ku pinta agar diberi hidayah dan taufiqMu,
Diri ini alpa dengan hasutan dunia yang fana,
Seringkali ku renungkan keindahan ciptaanMu,
Segalanya agung dengan kebijaksanaanMu.

Namun, aq masih terdampar di awangan,
Masih leka dengan keseronokan duniawi ini,
Hingga terlupa kepada Maha Pemberi Nikmat,
Hati kecilku merintih, menangis, meraung meminta
agar kembal ke jalanMu yang benar,
Sebagai khalifah di muka bumi ini,
Mendukung syariat agungMu.

Ingin sekali aku melupakan fana dunia sementara ini,
Akan ku persiapkan diri menyebarkan dakwah islamiah,
Cita-cita sulungku untuk menjadi wanita solehah hiasan dunia,
Ingin ku bergelar mujahidah sejati, syahid di jalanMu.

Tangisan ku ibarat hujan yang lebat ketika melihat deritanya
saudaraku di sana yang sentiasa bertarung nyawa,
Bermandikan darah serta kehilangan insan tersayang saban hari,
Harus ku bela nasib ummah yang kian hancur ditelan arus kemodenan.

Ya ALLAH, tetapkanlah hati dan Iman ku padaMu,
Agar tabah dengan syiar jihad fisabilillah,
Satu kata digenggam erat demi kejayaanku -SABAR-
JanjiMu, disebalik kesabaran terselit hikmah yang indah,
Ku yakin janjiMu itu satu kepastian,
Peliharalah hati hamba kerdilMu ini agar terasa kemanisan iman,
Dari kekasih yang memberi Cinta TerAgung.

~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Saturday, October 12, 2013

Tanda Iman & Munafiq

Al Allamah Sayyidi Habib Umar bin Hafidz berkata :

" Alamat IMAN itu adalah dengan mencintai AHLUL BAIT,
Alamat IMAN itu adalah dengan mencintai PARA SAHABAT.

Alamat MUNAFIQ itu adalah dengan membenci AHLUL BAIT,
Alamat MUNAFIQ itu adalah dengan membenci PARA SAHABAT.

Bersaksilah ke-IMAN-an seseorang itu yang mencintai AHLUL BAIT dan PARA SAHABAT,

dan bersaksilah ke-MUNAFIQ-an seseorang itu yang membenci AHLUL BAIT dan PARA SAHABAT..."

semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita kecintaan kepada AHLUL BAIT dan PARA SAHABAT.

Wallahu`alam.

"Allahumma shalli alaa ruuhi sayyidina muhammadin fil arwah, wa 'ala Jasadihi filjasad, wa alaa Qabrihi filqubuur"

Ertinya :

(wahai Allah limpahkan selawat pada Ruh Sayyidina Muhammad di alam arwah, dan limpahkan pula pada Jasadnya di alam Jasad, dan pada kuburnya di alam kubur)

“Allahumma shalli wa sallim ‘ala Sayyidina Muhammad nuuri-kas saari wa madaadikal jaari wajma’nii bihi fi kulli athwaari wa ‘ala alihi wa shahbihi yannuur”

dan jangan Lupa membaca Al-qur'an, jangan lewatkan seharipun tanpa membaca Al-Qur'an jadikan bacaan yg paling anda senangi, berkata Imam Ahmad bin Hanbal, Cinta Allah besar pada pecinta Al-Qur'an, dengan memahaminya atau tidak dgn memahaminya.


~ اللهم صل على محمد وعلى اله وصحبه وسلم ~


~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Thursday, September 5, 2013

Mari berselawat !

اللهم صل علي محمد وعلي اله  وصحبه وسلم

(uhuk..uhuk..dh berhabuk blog ni..lama x hidupkan)

Semoga entry kali ini dapat menimbulkan rasa rindu dan cinta kita mahsusoh untuk manusia terAgung Rasulullah SAW. Bagi hati-hati yang telah sedia mencintai dan merindui Baginda, jgn terasa kalian sudah dekat dengan Baginda. Namun, didiklah hati untuk sentiasa merasakan bahawa kita masih bukan umat yang baik. Ayuh! Sematkan cinta khas buatNya dan kekasih Allah ini. Dan bagi hati-hati yang belum merasakan perasaan itu, masih belum terlambat. Ayuh! Ayuh kita terbitkan rasa cinta dan rindu yang .. Subhanallah .. betapa tenang dan damainya rasa itu. Sungguh! Baginda manusia terAgung yang mampu menggegar naluri hati para umat yang dahagakan kebenaran pada akhir zaman. 

"Alangkah indahnya andai Rasulullah SAW masih bersama kita.".. "Bertuahnya mereka yang hidup pada zaman nabiyuna.".. Kata-kata ini seringkali kita dengar..namun, adakah kita sedar akan apa yang sedang kita ucapkan? Ya! Percayalah wahai sahabat yang kusayangi, Rasulullah SAW masih hidup.. Baginda tidak pernah mati.. Maulana sentiasa hidup dalam hati-hati para mukmin dan mukminah..semangatnya masih jitu dalam diri para mujahidin dan mujahidah.. Sunnahnya sentiasa dihidupkan oleh umatnya yang tidak pernah melupakannya.. Baginda hadir dalam bentuk ruh menjenguk kita, menjawab selawat yang kita ucapkan dan membalas kerinduan dan cinta yang kita curahkan buatnya. 

Iya2 lah..(loghat indo), Baginda manusia yang perlu diutamakan dahulu sebelum semua manusia di dunia ini..meski kedua ibu bapa kita sekalipun. Kerana apa?! Kerana Baginda lah satu-satunya manusia yang mampu memberi kita syafaat di akhirat kelak.. Hanya insan terpilih yang layak menerima syafaat Baginda. Senang sahaja =') basahi bibir kita dengan selawat alaihi wa zaujatihi wa zurriatihi wa sohbihi wa salam.. Andai berat bagi kita untuk melakukan ibadah2 sunat yang lain, ringan2 kan lah bibir kita yang chumeyl tu untuk berselawat ke atas Rasulullah SAW. (sollu 'ala nabi!)

~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Monday, April 22, 2013

Make Me Strong


I know I'm waiting
Waiting for something
Something to happen to me 
But this waiting comes with
 trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You'd tell me out of love
That on that day I'll be okay
But we'll never know cause
That's not the way it works
Help me find my way

My lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just get too much
I feel that i've lost touch
I know the road is long
Make me strong 

I know I'm waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with 
trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You'd tell me out of love
That on that day you'll forgive me
But we'll never know cause
That's not the way it works
I beg for your mercy

My lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just get too much
I feel that i've lost touch
I know the road is long
Make me strong

Lyrics : Sami Yusuf
Music : Sami Yusuf


~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Sunday, April 21, 2013

2 S --> Stress atau Sabar??


بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركته


Hidup ni ibarat RODA, kadang2 kita kt atas, kadang2 kita kt bawah..mcm laut, ada pasang surut nya, sama jgk mcm dlm urusniaga, ada untung rugi nya, dan seperti kita, hamba ALLAH..ada masa gembira, ada masa sedih nya.

(tarik nafas dlm2-kepala dongak-mata ke atas-tahan air mata)

Haha..macam tgh sedih plak..x lahh..post ni dibuat utk naik kn smgt..smgt sape? sape2 je lhh yg tgh bersedih..ustazah selalu ckp, ALLAH akan menguji hambaNya sesuai dgn kemampuan masing2..kalo kita ditimpa musibah..ape yg penting? صبر ..yes! Sabar itu indah..kn? jgn lhh stress atau rasa kita ni manusia paling malang sbb dpt mcm2 ujian tp sebaliknya, bersyukurlah...syukur kerana ALLAH masih syg kn kita.. ALLAH x lupa kn kita..eh, jgn slh fhm..bkn bermakna org yg x ditimpa kn ujian tu, ALLAH x syg.. tp mungkin Dia ada cara lain utk menguji hambaNya..ye lahh, lain pantai, lain garamnya..lain orang, lain ragamnya..(pepatah sendiri) .

ان الله مع الصابرين
"Sesungguhnya ALLAH bersama orang-orang yang sabar."

ALLAH datangkan pelbagai bentuk ujian utk hambaNya..sesuai ikut umur, keadaan semasa, peredaran zaman..dan di setiap ujian itu pasti ada hikmahnya yg ALLAH sembunyikan..sbb tu kita kena sabar stiap kali di uji..sbb ALLAH nk kita muhasabah dan teliti sendiri hikmah tu..yang penting, kita kena yakin dgn janji ALLAH..yakin bhawa stiap ujian dan musibah itu ada hikmahnya, yakin bahawa sabar itu indah..yakin jika kita sabar, ALLAH akn sentiasa bersama kita.. YAKIN! Jika kita yakin dgn ALLAH, pasti kita dapat lalui liku-liku kehidupan dgn tenang. 

(sollu ala nabi)

Hah, satu lagi..sebelum terlupa..dalam nak hadapi ujian ALLAH dgn penuh sabar dan yakin..kita kena sentiasa bersangka baik dgn ALLAH...hurmm..mcm mne ek? cara nya..senang je..kita fikir ape saje yg berlaku..ada sebab, akibat dan hikmah yg Dia sediakn utk kita..kita jgn fikir ALLAH x sayang kita..tp kita fikir..ada sebab Dia wt mcm ni..mungkin sebagai penghapus dosa kita yg lalu..atau mungkin sbb nk bg kita pengajaran yang mematangkan kita..atau mungkin Allah nk bg kita kesedaran..atau ape2 sahaja..yg pasti, ada hikmahnya..x ada satu perkara un yg ALLAH jadikan sia-sia..semuanya bermanfaat utk kita semua hambanya. Sabarlah menghadapi dugaan..Ketahuilah bahawa itu yg terbaik buat kita..Dengan dugaan lhh, ALLAH menarik hamba utk mendekatkan diri kepadaNya..Sabar itu Indah =)


p/s : Ya ALLAH, berilah hambaMu ini kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk meneruskan hidup yang  penuh onak duri ini. Semoga aku sentiasa mendekatkan diri kepadaMu, Ya Rabb. Jangan biarkan aku kehilanganMu dan jangan biarkan aku melupakanMu walau sesaat. Peliharalah hatiku, setiap anggotaku, langkahku, percakapanku serta perbuatanku. Temanilah aku di setiap detik nafasku, Ya Rahim. Limpahilah kasih sayangMu pada ku agar aku dapat merasai cintaMu yang agung.



~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Thursday, April 18, 2013

ممنوع الحسد

        9 Sebab Hati Tidak Bahagia
  1. Pemarah
  2. Pendendam
  3. Hasad dengki
  4. Bakhil 
  5. Tamak
  6. Tidak sabar
  7. Ego
  8. Riak 
  9. Cinta Dunia ( حب الدنيا)


~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Wednesday, April 10, 2013

23 days to fight!


Exam fever?? YES! Really9! 5/5/2013 - Bermulalah pengembaraan aku utk final exam aku yg pertama kalinya dlm bidang طيب ni..wahh..cabaran betol lahh..bkn perkara biasa..aku akui bidang ni memang sangat SENANG utk dipelajari..namun, ape2 pun rintangan melanda, akn ku tabah demi mencapai cita2 ku..OPU Azhar un dh lancarkn Exam Fever Campaign utk meraikan peperiksaan akhir yang bakal dijalankan tidak lama lagi..bkn kitorang yg first year ni je..tp sume yg bergelar pljr universiti..dlm ape jua bidang masing-masing..jgn pelik plak npe final exam kami bln 5..hehe..perubahan musim yg membezakan..


Kadang-kadang rasa stress jgk study..tp nk wat cmne..sabar je lhh..sume ini pengorbanan..nk berjaya, mesti  kene ada pengorbanan kn?? urm, bak kata ayah plak, kite kene hargai pengorbanan yg kita lakukan.. hopefully, aku kuat utk lalui sume ni..xpe..skang hadapi sorang2..nnt dh berdua, senang lah kn?? ;)



MAMA!! AYAH!!! tak nak jd mcm ni!! nauzubillah..kene mula struggle dri skng ni (ptut nye dh lme mula).. hehe..xpe lahh..nk cari spirit dlu..urm, ase nye i'm ready to struggle (harapnye mcm tu lhh)..harap2 lahh aku x jd mcm ni..x nk!x nk!x nk! Menyesal kemudian tak berguna lagi.



Ehh!! Alamak!! dh salah ni..belum start exam lg dh plan mm2 utk holiday..common lhh tu.. ape tak nye..summer break 3 bln lbih..tmbh2 lg puasa dan cuti raya kt sini..hanya sahabat2 menjadi keluarga..memang mcm2 lhh plan nye..kebiasaan hidup seorang pelajar..hehe..plan2 jgk..study planner kene ade jgk..yg penting skang..study n exam dulu..dh beh exam nnt baru kita...ENJOY!! (x sabar nk enjoy sbnrnye). =)

In shaa Allah.. i will do it all.. semoga dipermudahkan segala urusan ku.. so, lpas ni..maybe lmbt ckit lhh dpt ceriakn blog ni .. maaf ye teman2.. lpas exam..blog ni akn bercerita lg ye..dun worry.. kepada pengunjung setia blog ni.. mohon doa kalian agar segala nya berjalan lancar sepanjang peperiksaan berlangsung nnt..doakn kejayaan DR. A ya! sayang korang sume! jumpa lagi! Jazakallahu khairan kasiran! Wassalam.

~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Sabar itu Indah =)


rileks babe..la taghdob..jgn marah2..haha..kalo ikut kn ase mcm nk mrh je kn??..dh terpikir mcm2 dh ea dlm kepala otak..mrh sgt lhh tu..urm..kalo terpikir dlm otak je, xpe..tp jgn sampai amik tindakan plak ye..kalo berlaku antara berlainan jantina..lg lahh kne lebih2 bersabar..tkowt nnt ..dri benci..jd sayang..hehe..cukup lah sekali je..

PENGALAMANHIDUPKUMEMBERIPENGAJARANYANGMEMATANGKANKU =)


~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

wahisytani awi-awi!!


Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah
berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati
meski telah lama kita tak bertemu
ku selalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu...



p/s : This post dedicated to all my beloved person in my life. Mama,ayah,my siblings and all my frenz. Not to be forgotten, the special one..apa khabar dirimu?? moga sentiasa dilindungi ALLAH..teruskan bermujahadah. =)



~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Cinta Kau dan Aku





~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Saturday, March 23, 2013

Sheikh Ahmad Yassin dalam kenangan :')



Jika kita ditanya apakah yang berlaku pada 22 Mac, hanya gelengan kepala yang menjawab malah mengembalikan persoalan kepada yang bertanya, apa yang berlaku pada 22 Mac.

22 Mac 2004, saat inilah seorang tokoh pejuang Palestin pulang menyahut seruan Ilahi iaitu Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin yang merupakan pemimpin spiritual gerakan HAMAS (Harakah al-Muqawamah al-Islamiyyah) yang bermaksud "Gerakan Pembebasan Islam" (The Islamic Resistance Movement in Palestine). Beliau yang hanya duduk di atas kerusi roda dek lanjutnya usia hanya mampu mengerakkan kepala. Namun wajahnya seolah-olah memercik ketenangan yang luar biasa walau hanya ditatap lewat fotografi.

Dr. Abdul Aziz ar-Rantisi (1947-17 April 2004) yang gugur sebulan setelah kematian beliau menegaskan bahawa Syeikh Ahmed Yasin telah memimpin rakyat Palestin agar tidak menyerah pasrah, melintang arah dan berputus asa menentang penjajahan Israel. Perjuangannya dibeli oleh Allah Taala dengan harga yang sangat mahal lantas insan yang mengalami penyakit lumpuh itu menjadi perhatian dan ancaman terbesar rejim Israel sehingga pesawat Apache dikirimkan untuk menghancurlebur jasadnya.

Berlatarbelakang pendidikan tanpa pengiktirafan dan ijazah, Syeikh Ahmed Yassin dihantar pulang ke Palestin ketika melanjutkan pelajaran di Universiti Ain Shams, Kaherah rentetan penglibatannya di dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan sewaktu rejim Hosni Mubarak berkuasa di Mesir.

Di Palestin, beliau berperanan dalam sektor tarbiyah malah turut aktif dalam medan dakwah fardhiyyah dengan bertugas sebagai guru bahasa Arab dan khatib di sekitar masjid-masjid di Gaza. Populariti beliau terus melonjak terutamanya ketika beliau menyampaikan khutbah selepas pendudukan rejim Zionis ke atas Gaza pada tahun 1967. 

Berdasarkan terjemahan, berikut adalah petikan-petikan ucapan beliau yang mengugah perasaan masyarakat Arab Palestin dan umat Islam umumnya;

"Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah lumpuh. Aku bukan pemidato yang lantang, yang mampu menggegarkan di seluruh pelusuk tempat dengan suaraku yang perlahan ini. Aku tidak mampu untuk ke mana-mana memenuhi hajatku kecuali jika mereka (pembantu) menggerakkan kerusi rodaku."

"Aku hanyalah seorang tua yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan fizikal."

"Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian telah mati binasa..."

Penubuhannya berbeza dengan PLO (Palestine Liberation Organization) atau Munazzamat at-Tahrir al-Filastiniyyah yang sering bersikap jinak dengan kuasa autonomi yang ditawarkan oleh Israel walaupun idea penubuhan PLO itu diawali oleh peranan efektif Mufti Palestin, Al Hajj Amin Husaini (1897-1974) yang menyatukan bangsa Arab menentang rejim Israel. Perjuangan PLO kemudiannya diteruskan oleh proksi "kebangsaan" Arab FATAH (Harakat al-Tahrir al-Watani al-Filistini) - Palestinian National Liberation Movement. Sekarang, perjuangan mereka hanya mahu membebaskan sebahagian kecil bumi Palestin dan lebih berideologikan nasionalis.

Sheikh Ahmed Yassin bersama rakan-rakannya bangkit memikul tanggungjawab secara terancang dan sistematik bermula dari kerukunan masjid terus bercambah ke beberapa institusi penting masyarakat. Perjuangan beliau di dalam HAMAS dianggap sebuah organisasi yang meneruskan karismatik perjuangan Syeikh Izzuddin Al Qassam, seorang tokoh Arab yang menentang Inggeris di medan jihad Palestin pada tahun 1935.

Pada tahun 1989 ratusan anggota pergerakan HAMAS telah dipenjarakan kerana kejayaan operasi yang telah dilancarkan sayap kanan gerakan tersebut, Kataib Al Qassam (Al Qassam Bridge) membunuh komando-komando Israel. Syeikh Ahmed Yassin turut dipenjarakan di sel rejim Israel hingga menyebabkan beliau mengalami lumpuh seluruh tubuh dan hilang penglihatan pada mata kanan dan kekaburan di mata kiri. Beliau turut menghidapi jangkitan paru-paru akibat tekanan dan deraan yang berterusan. Peristiwa tragis tersebut telah membuka mata sejumlah besar masyarakat Palestin di dalam dan luar negara untuk bangkit menuntut pembebasan beliau. 

Keengganan rejim Israel untuk memenuhi desakan rakyat Palestin pada ketika itu, menyebabkan Kataib al-Qassam menculik seorang tentera Zionis dan menawarkan pertukaran tawanan namun tidak berjaya. Pada tahun 1997, rejim Zionis bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh mendiang raja Jordan, Raja Hussin yang meminta Syeikh Ahmad Yassin dibebaskan, demi untuk mendapatkan kembali dua orang anggota perisikan rejim Zionis (MOSSAD) yang berjaya diberkas oleh kerajaan Jordan ketika mereka gagal dalam percubaan membunuh ketua biro politik HAMAS, Khaled Mesha'al di Amman, Jordan.

Pembebasan itu telah mencetuskan gelombang kedua Intifadah pada September 2000, lanjutan daripada Intifadah pertama pada Disember 1987 dan memberi kesan kepada Israel yang akhirnya merangka pelbagai usaha untuk mengekang kemaraan rakyat Palestin, sehingga syahidnya Sheikh Ahmad Yassin yang menjadi mangsa salah satu daripada tiga bedilan peluru berpandu helicopter Apache  ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari masjid sejurus menunaikan solat subuh berjamaah, termasuklah dua orang pembantu yang menolak kerusi rodanya.

Syahidlah seorang lelaki tua berkerusi roda bernama Syeikh Ahmed Yassin, yang pergi meninggalkan kita dengan seribu satu khazanah.

"Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu orang mati; bahkan mereka itu orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya." (Al-Baqarah:154)

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman, jiwa dan harta mereka dengan syurga. Mereka berjuang di jalan Allah, ada yang membunuh dan terbunuh. Inilah janji yang benar yang ditetapkan dalam Taurat, Injil, dan al Quran. Siapa lagi yang lebih menyempurnakan janji selain daripada Allah. Oleh itu, bergembiralah dengan jual-beli kamu. Dan itulah kemenangan yang besar." (Taubah:111)

~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Monday, March 4, 2013

Ada apa denganmu??

Bismillahirrahmanirrahim..
Ku mula bicara dengan kalimahMu,
agar setiap bait kata ku mendapat rahmatMu,

Ya Allah, Ya Rabbi,
seringkali ku tertanya-tanya
dia kah yg tercipta untukku??
rusuk dia kah yg aku pinjam??
nama dia kah yg tertulis di Luh Mahfuz??
mengapa hanya dia yg mengertiku??
hanya dia yg sabar melayan kerenahku..
hanya dia yg menerima segala kelemahanku..
hanya dia yg mampu membuat ku senyum..
dikala suka duka ku, dan dikala gundah ku..
jawapan bg semua persoalan ini hanya padaMU,
tidak mampu ku bayangkan andai segala jawapan, 
yang akan terbongkar suatu hri nanti mengecewakanku..
namun hatiku tetap terus berdoa agar dialah teman ku, 
dikala hidup, dan memimpin menuju ke syurgaMU..
aku yakin dengan keajaiban doaMu,
hanya dia yg aku pinta.


p/s : Khas buat kekasih hati ku..doaku agar kau sentiasa di bwh lindungan ILAHI walau dimana jua kau berada dan apa jua yg kau lakukan..moga ALLAH memelihara tgn,mata,kaki,mulut dan hatimu. Ketahuilah bahawa cinta dan sayangku terhadapmu tersangat lah dalam.


~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Tuesday, February 26, 2013

A Doctor 2 Be


Sejujurnya memang benar,
Medic sekarang menghalang kita daripada menjadi Khalifah,
Membataskan sumbangan kita kepada ummah.

And guess what??
Dah beribu-ribu doktor,
yang ALLAH hantar ke dunia Medic,
Dan kebanyakannya,
Yang menerima tarbiyyah khas di luar negara.

Tapi,
Dunia Medic masih macam sekarang,
Ruh tarbiyyah masih nazak.

And there's only one solution.

And it's around you.

A Doctor To Be.

Bina fikrah mereka,
gerak bersama mereka,
Tarbiyyah mereka.

Nak goncang dunia,
Tak perlu jadi at The Top baru nak goncang,
Yang tu umur 40,50 baru sampai,
And time tu, dah kena 'brainwash' tahap apa dah,
dan dah hilang semangat pemudanya.

Jadi,
kena start sekarang.
Nak ubah Ummah, kena ubah fikrah,
Kembalikan mereka pada Islam.

Sultan Muhammad Al-Fateh tak tawan Constantinopole seorang diri.
Tariq Bin Ziyad tak berperang di Andalusia seorang diri.

Mereka ada syabab-syabab di sisi,
Dan dengan syabab-syabab itulah mereka menggegar dunia.
Aiwahh!!

***
Oh, dan..
nak ubah dunia doktor,
kena bina semua Doctor 2 Be.

That means,
those in Ireland,
those in Manipal,
those in Egypt,
those in India,
those in Poland.

Jika dulu, para sahabat dapat selaraskan fikrah Ummah,
dapat tadbir sedunia dengan seorang Khalifah,
dengan cara berhubung adalah by foot.

Guess what??
we have Internet now,
we have Youtube,
we have vloggers, awesome ones on top of that, Aiman Azlan, Aisyah Shakirah, Mat Luthfi,
we have videographers, Hidayatullah, Hadi Pahmi,
we have photographers, Bak, Ameen Deen, Umar Mita,
we have bloggers, book authors, Hilal Asyraf and so on.

Impossible??

Nah.
Nabi Musa depan lautan yang luas,
membelakangi Firaun yang kejam.

Believe in Him.
ALLAH will show the way.

~InnALLAHa ma'assobirin~


~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Tuesday, February 19, 2013

!Melakar Pelangi Cinta!

Hidup ini memang sentiasa diwarnai oleh kegembiraan dan kedukaan..setiap pengalaman yang kita lalui sentiasa mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih matang dan berfikiran terbuka. Jangan risau langkah yang diambil terlalu payah dan sukar untuk dilaksanakan, tetapi lihatlah pada perubahan yang bakal diperolehi bila niat dan matlamat kita jelas. Jika hidup ini diniatkan semata-mata kerana ALLAH Taala pasti setiap kedukaan itu bisa ditangani dengan hati yang redho dan ikhlas. Kadangkala ujian yang ALLAH Taala timpakan itu mempunyai rahsia dan hikmah tersembunyi di mana kita sendiri tidak ketahui..mungkin selepas itu kita merasakan kehidupan ini begitu indah kerana ia sentiasa diwarnai dan perkara yang mencantikkan lakaran kehidupan itu ialah  اخلاص , ايمان dan hidup hanya kerana لله تعالى..

Kita akan terus Melakar Pelangi Cinta sebagai seorang hamba, seorang hamba yang tidak sombong tika hayat hidupnya kerana satu sahaja pengharapannya, tiada dua, tiada tiga iaitu bertamu di persimpangan kasih Ilahi. Moga kita selamat kembali kepada ALLAH Azza-Wajalla, seperti mana kita datang daripadaNYA dahulu.

~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Hidup tak selalunya indah kan??

Bismillahirrahmanirrahim..awal kata, agar entri kali ini bermanfaat untuk blogger-blogger yang rajin bw ke sini..kali ini Dania bagi satu petua kat admin sebab memandangkan admin sedang mengalami konflik hidup.. macam-macam konflik.. konflik hati. konflik jiwa, konflik perhubungan, konflik pelajaran, dan macam-macam lg..yelah, hidup ni kan ibarat roda..kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah, ni pun dah menunjukkan bahawa ALLAH itu Maha Adil dan Saksama. Dia telah mengatur segala-galanya dengan penuh hikmah yang tersirat. Tiada satu pun ketentuan ALLAH yang sia-sia. Agak-agaknya ape lah hikmah yang ALLAH nak tunjuk kali ni yerk..mujur ada Dania datang dengan bawa petua. So, sharing is caring rite?? :)

~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Sunday, February 17, 2013

Walau sekadar DOA


11 Golongan orang yang didoakan malaikat : )

Kalo ingin didoakan oleh malaikat, lakukan lah amal soleh seperti ini.

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang duduk menunggu solat.

3. Orang2 yang berada di saf  bahagian depan di dalam solat.

4. Orang2 yang menyambung saf (x membiarkan kekosongan dlm saf).

5.Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.

7. Orang2 yang melakukan solat Subuh dan 'Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang-orang yang berinfak.

10. Orang yang makan sahur.

11. Orang yang menjenguk orang sakit.

~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Wednesday, February 6, 2013

Nil, Aku Datang!

   

Seharian ku berjalan menjelajahi lembah Nil, terpaku ku seketika tatkala mentadabbur keindahannya, Subhanallah..sungguh indah ciptaanNya, tidak pernah ku duga dengan akal fikiran, tidak terjangkau dengan pancaindera, tidak terfikir kehebatannya yg tidak terhingga. Nil, kau menyimpan seribu satu rahsia, rahsia yg harus dibongkar oleh insan terpilih, untuk menikmati keindahan disebalik rahsiamu. Syukur, hari ini menjadi detik sejarah bagiku, aku bertuah kerana dapat menyusuri lembahmu, bertuah kerana dapat menikmati rahsia alam padamu, bertuah kerna menjadi salah seorang insan terpilih, utk  mengorek rahsia  yg tersimpan di dalammu. Ya ALLAH, aku bersyukur kerna mencampakkanku di bumi ini, sememangnya tidak pernah terlintas di fikiranku, untuk berpijak di bumi yg penuh barakah ini. Alhamdulillah,aku juga bertuah berada bersama2 para syuhada. Walau jasad telah terkubur sekian lamanya, namun, jasa dan semangat jihadnya masih terasa, semua ini memberiku sejuta pengajaran dan peringatan, semua ini membuka minda dan mata hatiku. Ya ALLAH, kini ku sedar betapa kasih dan sayangnya diriMu, selama ini ku lalai, ku alpa, ku hanyut dibuai kenikmatan hidup, tanpa mengabdikan diri setaatnya kepada pemberi nikmat ini, terimalah taubatku ini, ampunilah dosaku. Nil, walau hanya nama yg singkat , cukup utk membuat  hambaNYa patuh dan taat dengan menghayati rahsia alam yg disimpannya..  keluasanmu cukup untuk membentangkan kehebatan penciptaMu, Rabbul 'Alamin.

~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Tuesday, February 5, 2013

Sedalam Qaseh Sang Adam

Assalamualaikum kpd sume pembaca setia..kali ni Dania bawa satu kisah untuk dikongsi dgn kwn2 dan semoga mendapat manfaat dari kisah ni..Selamat Membaca!

Hakimi, seorang lelaki yg tidak pnah kenal erti putus asa dlm mendapatkn cinta hawa yg mnjadi idamannya sejak di bangku sekolah lg. Dia sedar, bukan senang utk mendapatkn gadis idamannya itu walau berbagai cara dilakukannya.

Setelah sekian lama, gadis itu akhirnya jatuh dek pujuk rayu Hakimi. Mereka lalai dibuai keasyikan cinta hingga lupa bahawa hubungan cinta tanpa ikatan yg sah itu adalah salah di sisi syarak. Gadis itu telah mendapat petunjuk ALLAH bahawa cinta itu hnya sia2 dan melalaikannya dri mengingati Penciptanya. Lalu, dia mengambil keputusan utk menghentikan hubungan yg tidak halal itu dgn cara yg baik. Agak sukar utk dia menjelaskan kpd Hakimi tntg apa yg dirasakannya. Namun akhirnya, hari demi hari Hakimi semakin sedar dan celik akn tujuan dan keinginan Farisha yg inginkan hidup dan hubungan mereka diredhai ALLAH S.W.T. Berulangkali mereka cuba utk berhenti contact. Namun, hanya sementara. Mungkin masing2 perlukan sedikit masa utk melupakn antara satu sama lain. Kali ini, mereka benar2 nekad utk berpisah dan membawa diri mencari redha Ilahi. Tiada yg lebih penting dri mendapatkn cinta teragung dan hakiki, Cinta Ilahi. 

Di sini secebis warkah dri Hakimi buat Farisha yg disampaikan melalui teman baiknya, Anis.


5/2/2013-4.27 pm

Farisha..
nak cite something ni..
bce je taw...
.
.
.
ak jauhkan diri dari dy
ak terpaksa
ak nak dy kejar cnta allah
macam yg dy impikan
dulu dy nak kejar
tp ak pnghalang
so,ak nak bantu dy
ak rindu dy'
nak dgr sore dy
tp ak tahan sbb
ak x nk dy patah blek lg
ak nak cgt2 luangkan masa ngan dy
tapi utk dy
ak korbankan n tahan je
mungkin dy x nampak
ak yg terseksa pndam
mungkin dy ingat ak ada lain
tp ati ni, ad nama dy je
mungkin dy dah x yakin ngan ak
tapi aku slalu yakin ngan jnji allah
tiap malam ak nangis rindu dy
ak tahan je
pgg phone tnggu dy call
ble tgk dy call, aku tersenyum
tapi ak wat2 busy sbb ak nak wat dy bnci ak
ak nak dy lupakan ak sbb ngan cara 2
dy ley kejar ap yg dy nak
ak x nak seksa dy dah
kalo dy ingat ak je
mcm mane nak kejar cnta allah
dulu kitowng pernah deal x nak cntact
tp x jd last skali sbb dy ingat ak
so,cakap kt dy, Hakimi rindu Farisha 
n ak ngah persiap diri nak jd imam dy
anis,
t tolong explain at dy ey.
.
...
..
ok.that's all.


In shaa ALLAH, segala urusan yg dilakukan dgn niat yg ikhlas hanya kerana ALLAH akn dibalas dgn baik juga. Semoga mereka diberi kekuatan sepanjang tempoh mujahadah dan doakn juga jodoh mereka panjang dan bercinta semula sebagai suami isteri yg sah dan halal. Aminnn. =)


~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...