Tuesday, February 19, 2013

!Melakar Pelangi Cinta!

Hidup ini memang sentiasa diwarnai oleh kegembiraan dan kedukaan..setiap pengalaman yang kita lalui sentiasa mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih matang dan berfikiran terbuka. Jangan risau langkah yang diambil terlalu payah dan sukar untuk dilaksanakan, tetapi lihatlah pada perubahan yang bakal diperolehi bila niat dan matlamat kita jelas. Jika hidup ini diniatkan semata-mata kerana ALLAH Taala pasti setiap kedukaan itu bisa ditangani dengan hati yang redho dan ikhlas. Kadangkala ujian yang ALLAH Taala timpakan itu mempunyai rahsia dan hikmah tersembunyi di mana kita sendiri tidak ketahui..mungkin selepas itu kita merasakan kehidupan ini begitu indah kerana ia sentiasa diwarnai dan perkara yang mencantikkan lakaran kehidupan itu ialah  اخلاص , ايمان dan hidup hanya kerana لله تعالى..

Kita akan terus Melakar Pelangi Cinta sebagai seorang hamba, seorang hamba yang tidak sombong tika hayat hidupnya kerana satu sahaja pengharapannya, tiada dua, tiada tiga iaitu bertamu di persimpangan kasih Ilahi. Moga kita selamat kembali kepada ALLAH Azza-Wajalla, seperti mana kita datang daripadaNYA dahulu.

~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...