Saturday, December 15, 2012

RAHSIA WAJAH CANTIK BERSERI :)


Tipsnya Senang Sahaja..
Tak Perlu Beli Pencuci Muka Yang Mahal-mahal...

* Bangun awal pagi utk solat subuh. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menegangkan kulit.

* Menunaikan solat zohor di tengah hari. Air wudhuk yang mengenai muka boleh mencerahkan mata.

* Tidak melalaikan solat Asar di waktu petang. Air wudhuk yang mengenai muka boleh membersihkan kekotoran asap & habuk siang.

* Tidak berlengah utk solat maghrib. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung & mulut.

* Sentiasa ingat solat Isya di waktu malam. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menceriakan wajah dari kemungkaran.

Memang Banyak Rahsia Dan Kebaikan Jika Kita Selalu Mengikuti Apa Yang Disuruh Allah S.W.T... Tapi.. Sayang.. Masih Ramai Belum Sedarinya...

~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Friday, November 16, 2012

How To Make Cocoa Crunch Cookies :)

Ingredients :

  1. 1 cawan gula halus
  2. 1 cawan marjerin
  3. 1/2 cawan cococrunch dikisar halus
  4. 1 1/2 cawan tepung gandum
  5. 1/2 cawan tepung jagung
  6. 1/2 camca teh serbuk penaik
  7. 1 biji telur gred C
  8. kepingan cococrunch untuk hiasan

How to do??

  1. Gula dan marjerin dipukul sehingga kembang.
  2. Masukkan cococrunch yang dikisar halus, kacau hingga rata.  
  3. Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik. Uli hingga rata.
  4. Bulat-bulatkan mengikut saiz yang disukai dan letak di atas loyang.
  5. Letakkan kepingan cococrunch di atasnya dan bakar selama 15 minit pada suhu 180 degree celcius. 

Siap untuk dimakan. Selamat Mencuba! :)

~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Thursday, November 15, 2012

~Renungan Bersama~

Tasbih...
Ku hitung ku kira dan ku bilang...
Untuk apa dihitung? untuk apa dikira? untuk apa dibilang?
ALLAHUAKBAR...untuk takbir...
ALHAMDULILLAH...untuk tahmid...
SUBHANALLAH...untuk tasbih...

Buat apa kau sebut? buat apa kau ucap? buat apa kau lafaz?
Untuk mengAgung, memuji dan membesarkan...

Kepada siapa?
Kepada ALLAH tuhan Rabbul Jalil...
Tuhan Pencipta sekelian alam...

Jika tidak guna bagaimana?
OH! Tidak mengapa...nak guna boleh..tak nak guna pun boleh...

Jangan guna! Campakkan saja!
Aku insan lemah, aku insan pelupa...
Biarlah aku rasa dengan jejariku...
Itu bermakna engkau telah kalah...

Tidak! Insya-ALLAH...
Apa yg kulafazkan...apa yg ku ucapkan..
Dapat membina kekuatanku semula
Aku berlindung dengan ALLAH...
Daripada syaitan yg direjam.
~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Dai Nada - I have no Lord but Him داي نادا - ما لي رب سواه maa lee rabbo...


~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Thursday, November 8, 2012

Mimpi Yang Indah

Pagi yang hening,ba3da kelas hafazan..Dania berteleku dpan lppy kesayangan..nk update blog..x tw nk post ape..belek2 gmbr..tgk video2 muslimah..Sbnrnye,dy sedar lately nih dy dh kurang semangat n lazy2 je..ape2 yg dy buat sti ad smthing messy happen..dy un sdeyh jgk ngn diri dy yg bleh digelar MRS. Miserable..last2, Dania biar lppy dy nyanyi lgu nasyid sorang2.....



Dalam kedinginan angin musim sejuk, Dania terlena dibuai mimpi yang indah..Dh ramai kejut dy bangon lunch n solat zohor..even dy sedar dri mimpi itu..dy tetap ingin terus lena utk menyambung kembali mimpi indahnya.. dy un x twu npe dy nk sgt habiskn mimpi tu..mujurlah mimpi tu bleh bersambung walau dh bnyk kli terpotong dek kejutan dri kwn2..


Kalo sebelum ni, Dania asyik malas2 je..pegi kelas..focus kt lecture..then blik..x wt revision tp asyik men je..rileks sgt.. x mcm student medic lgsng..dy sedar diri teruk mcm tu..tp..hurmm..x tw lah nk wt cmne..loss of spirit maybe..dy dh mcm hilang diri dy yg dulu..yg semangat, active, ceria n happy go lucky..


Tapi tu sume dulu, sebelum Dania bangkit dari mimpi yang indah..lpas je dia sedar dari mimpi tu..Everythings change..Dania ase happy sgt..ase tenang sgt..mcm kain putih yg suci..insyaALLAH..dy x lg ase malas2...ase mcm diri yg dulu blik..happening+cheerful+calming+hardworking+full of new spirit..


Sekarang dgn pnuh smngt, Dania memulakan harinya.. stdy hard+stdy smart+lancar hafazan=DR. Amani 
Al-Hafizah. Tak nak malas2 lg dh. kene ajin2..sbb xnk repeat year..medic 6 thun dh ckup lme dh.. hehe..
sbnrnye..x sabar nk msuk alam keje n tinggalkn alam university.


Family tercinta?? Yes, absolutely..miss them so much!! hurmm..kalo sje fon bleh wt whatsapp..tiap hri msg..
nk wt cmne ..msg secara normal..gne kedit etisalat je lah..ape2 un..numbe maxis n celcom stil on je stiap mse..tp x de spe nk bg msg..kdit un xde..hehe..maxis n celcom je lah yg setia bg msg promote service diorang hri2..haha..Demi mama n ayah..Dania nk blaja sungguh2 agar berjaya n dpt wt diorang happy..biar diorang tw yang pengorbanan mereka berbaloi..Luv them so much!!



For the special one, Dania mnx maaf andai telah mengguris hti awk..Dania ada misi utk dilaksanakan..misi sbgai seorang wanita muslimah..misi sbgai seorang pelajar perubatan..misi sbgai seorang anak s0lehah.. dan misi sbgai seorang mujahidah sejati..Dania nk berubah..let bygone be bygone..pe0ple can change to be better rite?? same goes to her..dy nk jd wanita solehah dlm bekas kaca yg menjadi sebaik-baik hiasan duniawi~~


Zaujah?? belum smpai mse nye lg..n0w, its time to study and prepare diri menjadi wanita solehah agar memperolehi mujahid yg sejati.."wanita yg baik untuk lelaki yg bek, dan wanita yg jahat utk lelaki yg jahat."..so..to get the best one, must be the best one t00!!



Walau apa pun yg kita lakukan..keberkatan ALLAH itu adalah yang paling penting..walau sehebat mana pun kita..walau sejauh mana pun kita berada dan walau yakin mana pun kita..tanpa berkat ALLAH..Dania bersyukur sgt sbb Allah ilhamkan mimpi td..sngt bermakna dan berhikmah..hidup kita x kan tenang dan sempurna..kita hnya mampu merancang,tp Tuhan yg menentukan segalanya..


Satu kata dalam hidup yang membuat Dania utk terus tabah adalah SABAR..Dania percaya di sebalik kesabaran terselit keindahan ~ ringkasnya, Sabar itu Indah..nmpk simple n ringkas tp buat org yg sangat menghayati n memahami mksud sbenar..ini amat bermakna..percaya pada janji Allah..kerana janji Allah adalah satu kepastian..so..walau apa pun dugaan mendatang, percayalah itu tandanya Allah sayangkan kita..maka, jadilah kita org yg beruntung..moga2 with new spirit..Dania akn mulakan hri2nya yg akn dtg dgn penuh barakah dan sentiasa berada di bawah lindungan Ilahi..


P/S: thnks to Miss Dania sbb sudi kongsi kisah menarik sbgai entri blog mujahidah sejati =)

~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Tuesday, November 6, 2012

Buat Pemilik Rusukku



Hanya dirimu yang ku cinta..
Tak kan membuat aku jatuh cinta lagi..
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku..
Walau ku tau kau tak sempurna ..
Tak kan membuat aku jauh drimu..
Apa adanya..
Ku kan tetap setia kepadamu..
Tuhan jagakan dia .. 
Dia kekasihku..
Kan tetap milikku .. 
Aku sungguh mencintai 
Sungguh menyayangi... 
Setulus hatiku ...
Tuhan jagakan dia .. 
Dia bakal imamku..
Membimbing aku..
Menuju jannah-Mu..
Aku sangat mengharapkan..
Dia hamba-Mu yang taat..
Mujahid Islam yang sejati..


P/S : Aku mendoakan Pemilik Rusukku sedang mempersiapkan diri untuk bersamaku mendukung panji-panji Islam..membimbingku menuju redha Ilahi..agar dapat mencapai Jannah-Nya..Wahai Pemilik Rusukku..ketahuilah aku juga sedang mempersiapkan diri menjadi wanita solehah untuk dirimu yang soleh..Aku juga insan biasa sepertimu yang sentiasa mencuba untuk mendapatkan redha Ilahi..Moga cinta yang bakal kita bina berkekalan hingga ke syurga.


~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Friday, November 2, 2012

Untuk 3 Hari??

Bismillahirrahmanirrahim...jap3(lap air mata dulu)..hehe..baru lpas tgk cter "Untuk 3 Hari"..lakonan Vanida Imran dan suaminya, Afdlin Syauki dan Ayu Raudhah..mengisahkan psgn kekasih Afin dan Ujie yg merancang utk berkahwin 3 hri shja..hnya kerana utk menurut kemahuan ibu bapa.. mereka terpaksa berkahwin dgn psgn plihan keluarga msing2..utk lebih lanjut..tgk lah sndiri yerk..moralnya..jgn lah kita bermain dgn jodoh..kerana segala yg terjdi adalah ketentuan dan takdir tuhan..kita hnya mampu merancang..tuhan yg menentukannya..Nasihat kpd sume viewer..cinta itu sakit dan meyakitkan jika tidak kena pada masanya..perpisahan itu satu penyeksaan..bersabarlah menanti saat terindah tatkala kmu sah diijabkabulkan kerana pada saat itu..Cinta adalah Indah dan Istimewa..percayalah pd jodoh dan pertemuan yg telah ditetapkan oleh ALLAH...yakin dengan janjiNya kerana janji ALLAH adalah kepastian..harapanku agar mujahid diluar tabah menjalani kehidupan duniawi yg kian mencabar...Doaku agr ALLAH kuatkan hatiku utk terus bermujahadah..insyaALLAH (^_^)

~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Thursday, November 1, 2012

Bukan Ku Tak Sudi

Maafkan segala kekhilafan ku..
Bukan ku tak sudi menerimamu..
Namun hatiku perlu dijaga..
Mungkin ini jalan terbaik..
Untuk ku bermujahadah..
Mendukung panji-panji.. 
Bergelar wanita solehah..
Menuju jannah-Nya..
Maafkan aku, lepaskan lah aku..
Aku ingin menjadi sebutir mutiara..
Tersimpan rapi di dalam bekas kaca..
Kilaunya terjaga tidak akan pudar..
Tidak akan mampu digapai.. 
Tidak akan mampu disentuh..
Tidak akan mampu dimiliki..
Hanya yg benar2 layak mampu mengambilnya..
Dengan cara paling mulia..
Namun bukan sekarang masanya..
Maafkan aku wahai mujahid..
Aku ingin mencari cinta yg lain..
Cinta yg tidak menyakitkan..
Cinta yg membuatku tenang..
Cinta yg lebih agung dari cintamu..
Cinta yg memberi ku kebahagiaan hakiki..
Itulah Cinta TerAgung...Cinta Ilahi..

~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Wednesday, October 24, 2012

Bacalah Wahai Muslimah Solehah :)


Nasihat dari the real Imam Muda. Ustaz Zakuan a.k.a Ibnu Batoota yang dah merantau ke segenap pelosok dunia berdakwah walaupun umurnya masih remaja.


- ***-


Nasihat beliau buat semua Muslimat:-

..."Adakah muslimah-muslimah zaman sekarang sudah hilang semangat jihadnya?

Sudah hilang kekuatan hati?


Sudah hilang ketabahannya?


Bukan aku nak suruh perempuan-perempuan Islam jadi ganas, cuma aku terfikir bila terbaca kisah-kisah sahabiah, mereka lemah lembut tapi sangat kental, hati sekuat besi waja, tak mudah cair dengan lelaki ajnabi (bukan mahram), tak meleleh-leleh bila cakap pasal cinta, tak tergedik-gedik bila lelaki cuit.


Maka aku pun mengambil langkah untuk jadikan facebook ku sebagai malaikat maut bagi kaum Hawa, untuk mentarbiah hati mereka agar kuat, kental dan tabah!

Kalau hari-hari aku bagi status meleleh-leleh, cinta kerana Allah, lelaki soleh untnk perempuan solehah, cinta itu fitrah, carilah suami soleh dan benda-benda leleh yg lain...


"Muslimah yang terhasil nanti macam mana?"


Walaupun ( di fb & realiti ) bertudung, berpurdah, bertudung labuh, ikut usrah, ikut masturat;


Tapi cuit sikit, dah tergedik-gedik...Ngurat sikit, dah sangkut....Ajak couple sikit, terus setuju...Lepas tu, putus cinta,meleleh2...Ada masalah sikit, doa nak mati..Kena marah dengan mak/ayah sikit, buat status cakap tak pernah bahagia...Exam failed, kata taknak hidup lagi...Pakwe tak mesej sehari, di status penuh dengan kata-kata rindu...Pakwe marah sikit, buat status meleleh macam haram...


Fikir secara waras, adakah ini sifat wanita yg ditarbiah oleh Rasulullah SAW ketika zaman Baginda SAW?


Nama Saidatina Fatimah, Aisyah, Khadijah, Safiyyah, Ummu Salamah, Ummu Habibah, Sumayyah, Ummu Darda', Masyitah, Balqis, Maryam dan ramai lagi diagung-agungkan kalian. Tapi apa kalian kenal siapa mereka? Bagaimana hebat dan kentalnya hati mereka? Ikut sikap dan akhlak mereka?


Memang akal kalian senipis rambut, tapi kalian bukan BODOH...


Aku datang sebagai pengetuk kepala kalian untuk bangun dari tidur, untuk sedarkan kalian supaya jangan jadi bodoh, jangan jadi hamba lelaki, jangan jadi hamba cinta haram, jangan jadi perempuan murahan, jangan kapel free2 macam bohsia, jangan dok bermanja dengan lelaki macam perempuan tiada harga...


Nabi SAW telah bersabda mafhumnya (au kama qaal), jika seorang lelaki mendapat wanita solehah sebagai isteri, maka separuh agamanya telah sempurna...


Apa kalian sedar 'kesolehahan' kalian itu harganya separuh dari agama?Ada mata dan telinga kan semua?

~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Thursday, October 18, 2012

Lelaki Idaman

alt
Lelaki idaman,
Sememangnya akan menjadi igauan,
Setiap gadis pasti berkeinginan,
Berjumpa dengan sebuah impian.
Namun duhai lelaki beriman,
Usah mencabar lemahnya iman,
Usah menduga sebuah perasaan,
Usah mencari picisan percintaan.
Andai dikau lelaki beriman,
Pasti engkau tidak sedemikian,
Menjunamkan diri ke lembah kebinasaan,
Membiarkan diri dalam kemaksiatan.

Read More
http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/4995-lelaki-idaman.html

~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Suami Isteri : Berbaloikah Hubungan Jarak Jauh?


Rasa untuk bernikah adalah fitrah yang ALLAH datangkan dalam diri setiap hambaNYA. Manusia merindukan kasih sayang hidup berpasangan. Kita menginginkan kemesraan dan kebahagiaan melingkari kehidupan bila mana kita memilih untuk bernikah.
Namun situasi hari ini, suami dan isteri kadang-kadang menghadapi dilema perpisahan - perhubungan jarak jauh - kerana tuntutan kerjaya. Berjumpa sebulan sekali atau dua kali. Atau jarang sekali.
Si isteri bekerja di negeri atau negara lain dengan gaji yang selesa. Si suami juga berada di tempat kerja lain, yang mungkin juga di kampung halaman sendiri yang menjadi keselesaan dan keutamaan.
Lalu apakah nilai pernikahan jika dihambat perpisahan dan kejauhan? Suami mengharapkan belaian cinta kasih isteri, yang dulunya haram.. kini setelah halal bermesra-mesra , namun berjauhan pula?

Read More

~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Thursday, October 11, 2012

Kau Kawan, Sahabat dan Teman

satu impian telah tercapai..
bersama-sama mengorak lngkh menuju kejayaan..
menempuhi medan perang yg satu..
sebagai calon SPM 2011..
akankah segala usaha membuah kn hasil..
ternyata dengan satu hati, satu jiwa dan satu kata..
kini masing2 memulakan langkah ke menara gading..
kita berpisah utk mencapai cita-cita..
menahan rasa sebak perpisahan..
menahan onak rindu yg membara di hati..
dengan harapan agar kita kembali semula..
membawa kejayaan yg diimpikan..
juga sebagai seorang muslim yg sejati..
ku titip kan doa agr semua sahabat ku tabah dan
sabar menghadapi cabaran dan dugaan di akhir zaman..
jangan lh kita leka dan alpa dengan amanah-NYA
disamping berusaha mencapai impian msing2..
Salam Sayang dan Rindu buat semua teman
disini bermualanya pertemuan yg terakhir..
kehilangan amat terasa di hati
mungkinkah..ini yg tertulis di tangan takdir..
ku terima perpisahan ini..
dulu kita satu jiwa..satu impian..
susah dan senang kita bersama..
mungkin..itu semua hanya sementara..
hanya lagu yg menjadi menjadi ingatan..
hanya lagu yg menjadi kenangan..
seandainya masa itu kembali semula..
ingin ku memiliki lebih dari itu..


especially for : MJSC Pasir Salak's  SPM Candidates 2011


~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Monday, October 1, 2012

A Gift from ALLAH

 Tanggal 1 OKTOBER 2012

Sir      : Congrats! Dania. You are accepted to study at _ _-_ _ _ _ _ for Medic course.
Dania : Oh! Really?? Alhamdulillah.

Dania dh dpt msuk u..sambung bljr medic..Sonoknye..-

New Resolution :  1. Study Hard n Smart
                            2. Jangan malas2
                            3. No maggi+chat
                            4. Tido at nite only.   
~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

suara hati berbisik...

Benarkah hati terjaga sebaiknya...
Mungkinkah naluri bermadah sehalusnya...
Akankah mujahadah terus berdiri...
Disebalik hijab seorang hawa...

Ingin diluah, tapi tak terkata...
Ingin dipinta, tapi tak terlaksana...
Ingin dilakukan, tapi tak terdaya...
Ingin ditinggal, tapi tak terhindar...

Saat hati berbisik...
Mengungkap seruan Iman...
Naluri berkata mengganggu minda...
Mampukah aku bertahan...
Menjauhi godaan mendatang...
Disebalik diri yang lemah.

~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Saturday, September 29, 2012

Yang mana satu pilihan kalbu??

Antara Cinta dan Cita-cita


altMalam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Mataku menjadi liat untuk ditutup. Aku sendiri tidak tahu malapetaka apa yang sedang menganggu jiwa dan benak fikiranku ini. Peluh oleh hangat malam kian deras mengalir keluar dari liang-liang roma. Tilam yang menjadi lapik tubuhku mula terasa basah. Malam kian hitam dan pekat seperti kopi '0' atuk.
Aku perlu memilih antara dua, cinta atau pelajaran. Memilih cinta bermakna aku akan mengundang kegagalan sekiranya gagal mengawal diri. Memilih pelajaran bermakna aku akan dapat mengejar impian menjadi seorang juruterbang. Memilih kedua-duanya?

Read More
http://www.iluvislam.com/karya/cerpen/4963-kembalikan-semangatku.html

 Artikel iluvislam.com
~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Di Sebalik Ketenangan Hati

Nikmatnya Perpisahan Insan 'Bercouple'.


~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Tuesday, September 25, 2012

S.A.H.A.B.A.T :)

Di saat hati wajah tersenyum riang..
terselit pilu di hati..
Di kala tawa meniti bibir..
tersembunyi sejuta kesulitan di hati..
Di waktu gurau senda..
tersirat pelbagai ranjau di onak hati..
Di tika air membanjiri mata..
kau setia menemani di sisi..
Bersama ku tika suka dan duka..
Kau lah sahabatku..
terimalah segala kekurangn dan kelebihanku 
sepertimana ku menerima dirimu..
Terimalah maaf ku andai aku terlanjur bicara..
KAWAN...satu kata yg menyimpan memori di 
kotak hatiku..sayang kamu selalu..
1437!!!


credited by : mujahidah sejati



~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Tuesday, September 4, 2012

Wednesday, August 22, 2012

KAWAN vs SIBLINGS


antara kawan,teman dan sahabat..ktorang lebih kepada siblings..bersama ke mana jua... sedih gembira ktorang ase sme2..kalo ad sorng yg m0ody..yg len tlg hiburkn..kalo hepy..hepy together jgk..tp kdg2 keakraban ktorg m'buatkn org pndg lain..pdahal..kmi hnya kwn yg sedia susah sng bersama dan pling pntng..ktorg stu kpala..haha..amani(pling tue)..mang lyn kerenah adik2 yg 4 org ni dgn pnuh sabar lhh..al-kaff(adik)..yg pling kecik..mang prangai mcm bdk2..farhana and afi in the middle..both are still f4..iqmal..oppss!! ust iqmal..dy ust yg ajar fiqh dan merangkap kwn jgk bila luar dri waktu klass..x pelik kwn ngn ust..sbb dye bru f5..ank kpd president Faast..this short intro bout us..hope god bless our friendship!!



~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Monday, August 20, 2012

*EID MUBARAK!!*


~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

~aidilfitri di perantauan~

salamualaik!! izayyak?? Selamat Hari Raya Maaf Zahir n Batin..after such a long time x update blog..urm, taun ni rye di perantauan..alhamdulillah..sumenya berjln lancar..mang x dpt dinafikan..sedih dan perit yg dirasai pabila menyambut ramadan dan syawal tnpa fmly tercinta di sisi..ape2 un 1 syawal tetap mencoret kenangan indah ..hehe .ad fmly jgk..umi,walid,ust iqmal,al-kaff(adik),afiah,farhana and me..

~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Friday, July 13, 2012

Mahar Cinta


Andainya dapat engkau mendengarkan...
Suara di hatiku melagukan rindu....
Kiranya engkau mampu mentafsirkan...
Setiap bait kata-kata yang terucap...
Pasti dirimu kan memahami...
Harapan kasih yang terbina...
Sekian lama di sudut hatiku...
Hanyalah untukmu....
Bukanlah aku sengaja...
Melindungi rasa di jiwa...
Namun bimbang diri kan terleka...
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah...
Hingga terabai segala cita...
Sedang khayalan tak menjanjikan...
Segunung kebahagiaan..
Sebagai mahar hantaran...
Apakah mungkin engkau mengerti...
Setiap cinta yang dilafazkan...
Bukanlah sekadar mainan...
Tetapi sebuah janji...
Andainya dapat engkau mendengarkan...
Suara dihatiku melagukan rindu...
Kiranya engkau bias mentafsirkan...
Setiap bait kata-kata yang terungkap...
Pasti dirimu dapat melihat..
Rahsia kasih yang terpendam...
Sekian lama di sudut hatiku...
Hanyalah untukmu...Selamanya..

~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Thursday, June 28, 2012

two weeks later..

bismillahirrahmanirrahim..skng ni hidup aq mkin mencabar..mcm2 ujian yg menimpa aq..sume aq lalui dgn tabah.. first,aqilah dh menjauhkn diri dri aq gara2 aq tegur cara die lyan dzafrin yg terlalu over..aq bkn cemburu kt die tp niat aq cuma satu..x nk die lalai dgn dunia cinta hingga lupa halal dan haram,satu perkara tu..aq cuma x nk die tersalah langkah..salah kah aq menegur..xpe la..aq pham ..org sdang bercinta mang x bleh ditegur..aq pun pnah alami dan rasainya..mang betul bak kata pepatah cinta itu buta dan boleh membutakan..alhamdulillah..allah tarik aq semula dri dunia percintaan...bkn aq lari dri fitrah utk menyayangi si dia..sememangnya sayang,cinta,kasih dan rindu..sume perasaan itu masih tidak luput dri diriku..kpd si dia..aq x pernah putus2 berdoa agr kau memahami ape yg aq lakukan..bkn utk menyakiti hti mu tp utk mendpt redha ilahi..ku mohon agr kau memahami ku utk ini...meski aq sndiri x mmpu menipu diriku mengingati mu stiap langkah dan setiap nafasku..tp ku than kn..agr nikmat nya terasa di saat 'berbuka'...berpuasa dgn menahan nafsu dan berbuka dgn satu ikatan yg sah..ya habibi,ini juga jihad kita..ayuh kita berjihad menuntut ilmu dan berjihad menahan nafsu...percayalah..ALLAH menyediakan hikmah dan hdiah buat sume umatnya yg taat..ok..back to story sal aqilah..urm,...skng aq dh ok dgn keadaan aq skng..x de spe2 yg aq terlalu rpat..so..as the eldest,aq rpat ngn sume org kt cni..ok..first case, settle! ..now..i'm ookay..free from problems..alhamdulillah..kn allah dh jnji..setiap mslh ad jln penyelesaian nye..jnji allah adlh satu kepastian..smoga allah kuat kn hti ku..utk yg di malaysia..aq bersyukur jika engkau msih setia ..tp jika engkau sudah berubah hti..x mengapa, teruskn..jgn dipikir kn hti ku..aq redha terima sgla takdir ALLAH..now,TIME TO FOCUS ON STUDY!!! HAFAZ!!HAFAZ!!!HAFAZ!!!AND STRUGGLE TO PASS THE BUUTH TEST!!!YOU CAN DO IT AMANI!! IF YOU WANT IT,WORK HARD FOR IT!! GO DR.AMANI AL-HAFIZAH!!!

~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Friday, June 15, 2012

Siapakah Rabiatul Adawiyah


~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

after a weeks (^_^)

assalamualaikum..bru seminggu berpisah dh ase rindu kt malaysia..study ?? ok..setakat ni juz klass al-quran n klas fekah yg diajar oleh ustaz iqmal(tp bru form 5)..the best la ust ni..serba boleh..ber qasidah boleh..men gendang bleh..maulid bleh..mengajar bleh..rupa un ada..mang bertuah la spe yg memilikinya..tp yg pasti bkn aq la sbb aq dh berpunya..htiku telah dicuri..dan tertinggal di malaysia..bru seminggu..x nk contct die lg..biar die ase rindu pd insan yg akn bergelar isteri tp bkn pd insan yg bergelar kekasih yg tidak halal..biar mse ni die penuhi dgn mempersiapkn diri mnjadi insan yg soleh dan prepare jd suami mithali dan hamba yg taat akn Pencipta-Nya...aq terkenangkan nya acapkali aq mlihat kaum adam yg baik molek akhlaknya..yg sejuk mata memandang..yg lembut tutur bicara nya..yg sopan langkahnya..yg mulia akhlaknya..krna aq sgt mendoakn dia agr menjadi seperti mereka..tidak putus doaku kpd-NYA agr melembutkn htinya....agr die jge menjadi insan terpilh..semoga die memahami ape yg aq lakukan..bkn utk menyakitinya tp utk mendapat keberkatan dan redha dri ilahi..dan aq ingin skali mnjadi wanita solehah hiasan duniawi..insyaALLAH..
~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Sunday, June 10, 2012

ROAD TO BE A WANITA SOLEHAH...INSYAALLAH..

Bismillahirrahmanirrahim.. first and foremost..ku pnjat kn setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ILAHI krna dgn limpah dan kurniaNYA..aq msih hdup dan smpai dgn selamat di bumi anbiya' ni..alhamdulillah..kehidupan kt cni berjln dgn lancar tnpa sebarang mslh..mulai skrg..aq nk tutup sume kisah silam dn bkak cter bru yg pnuh keberkatan dan tenang mencari cinta ALLAH dan RasulNYA..aq nk mula blik sgalanya dri awl..aq nk hindari sgla maksiat dan kemungkaran..aq nk buang sifat mazmumah n pupuk sifat mahmudah..alhamdulillah..skrg aq dh buang stu sifat mazmumah..iaitu aq dh x bercinta dgn kaum adam..dgn cinta yg haram tu..aq hrap..usaha kmi utk mencari redha ILAHI akn memberi kmi erti kbhagiaan yg sbnar..aq yakin dgn doa yg x putus2..ALLAH psti makbul kn keinginan hambaNYA yg setia berdoa..aq yakin dgn mukjizat dan keajaiban doa..dgn doa kpdNYA..tiada prkara yg mustahil utk berlaku..ok..then..my study..mang ajaib..x seperti yg dirancang kn..lau ikut plan..pas spm,nk msuk uni, and wt medic coz i wanna be a doctor..mybe one fine day..hahha..tp skng ni len jd nya..aq dh ad kt mesir and menetap di kaherah..utk mencari ilmu agama dan menghafaz al-quran..lihatlah..ajaibnya kuasa tuhan..benarlah..janji ALLAH adlh kepastian..kte hnya mmpu merancang,tuhan yg menentukan sgalanya..skng ni..aq hnya mmpu berdoa dan berusaha menjadi yg terbaek agr kmi ditemukan semula juga dgn cara yg pling mulia dan pnuh rahmat..ok..stop for that..next, my life in cairo..evrythngs okay..mlm ni start klas..fekah..ustaz ikmal ajar..ase cm bersemangat nk blajar..otak skng ni tgh tenang tnpa perlu memikirkn mslh len..stil berpegang pda prinsip "Don't trouble the trouble,if u trouble the trouble,the trouble will trouble u"..so, hopefully,,my brain ready to captured all knowledge clearly..mang agk mustahil utk aq jd the best dlm bidang agma ni..tp aq bleh cuba n usaha kuat kn?? nothing is impossible..so..aq nk stdy btol2 n focus..aq x nk hancurkn harapan mama,ayh,fmly aq and sume owg yg mengharapkn aq pulang dgn kjyaan..insyaALLAH..dh 2 kli aq buktikn..sglanya mkin mencabar..mula2 pmr dh dpt 8A..then spm dh dpt 10A (x expect langsung leh dpt straight A)...so..ni lbih mencabar dri spm..hopefully, i can do it well.. that's all..CHAIYOK2 DR.AMANI AL-HAFIZAH!!!!!! YOU CAN DO IT!!!!! YOU ARE THE BEST AMONG THE BEST!!!IF U WANT IT,WORK HARD FOR IT!!! THERE'S NOTHING CAN PREVENT YOU TO ACHIEVE THE SUCCESS EXCEPT YOURSELF!!!U GONNA BE A GREAT MUSLIMAH!!!! INSYA-ALLAH...Assalamualaikum..

~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Sunday, February 19, 2012

coretan kasih amani pada ILAHI

15-JAN-2012/AHAD/8.45 pm

Jika benar ALLAH temukan dua insan yang bernama jodoh antara aku dan dia, maka engkau peliharalah hubungan kami, jauhkanlah kami daripada maksiat dan fitnah dunia, kau tetapkanlah hati kami antara satu sama lain sehingga kebahagiaan dapat dikecapi hingga ke akhir hayat..AMINNNN..


~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Tuesday, February 14, 2012

~AMANI~

Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati



~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Sunday, February 5, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...