Wednesday, February 6, 2013

Nil, Aku Datang!

   

Seharian ku berjalan menjelajahi lembah Nil, terpaku ku seketika tatkala mentadabbur keindahannya, Subhanallah..sungguh indah ciptaanNya, tidak pernah ku duga dengan akal fikiran, tidak terjangkau dengan pancaindera, tidak terfikir kehebatannya yg tidak terhingga. Nil, kau menyimpan seribu satu rahsia, rahsia yg harus dibongkar oleh insan terpilih, untuk menikmati keindahan disebalik rahsiamu. Syukur, hari ini menjadi detik sejarah bagiku, aku bertuah kerana dapat menyusuri lembahmu, bertuah kerana dapat menikmati rahsia alam padamu, bertuah kerna menjadi salah seorang insan terpilih, utk  mengorek rahsia  yg tersimpan di dalammu. Ya ALLAH, aku bersyukur kerna mencampakkanku di bumi ini, sememangnya tidak pernah terlintas di fikiranku, untuk berpijak di bumi yg penuh barakah ini. Alhamdulillah,aku juga bertuah berada bersama2 para syuhada. Walau jasad telah terkubur sekian lamanya, namun, jasa dan semangat jihadnya masih terasa, semua ini memberiku sejuta pengajaran dan peringatan, semua ini membuka minda dan mata hatiku. Ya ALLAH, kini ku sedar betapa kasih dan sayangnya diriMu, selama ini ku lalai, ku alpa, ku hanyut dibuai kenikmatan hidup, tanpa mengabdikan diri setaatnya kepada pemberi nikmat ini, terimalah taubatku ini, ampunilah dosaku. Nil, walau hanya nama yg singkat , cukup utk membuat  hambaNYa patuh dan taat dengan menghayati rahsia alam yg disimpannya..  keluasanmu cukup untuk membentangkan kehebatan penciptaMu, Rabbul 'Alamin.

~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...