Thursday, September 5, 2013

Mari berselawat !

اللهم صل علي محمد وعلي اله  وصحبه وسلم

(uhuk..uhuk..dh berhabuk blog ni..lama x hidupkan)

Semoga entry kali ini dapat menimbulkan rasa rindu dan cinta kita mahsusoh untuk manusia terAgung Rasulullah SAW. Bagi hati-hati yang telah sedia mencintai dan merindui Baginda, jgn terasa kalian sudah dekat dengan Baginda. Namun, didiklah hati untuk sentiasa merasakan bahawa kita masih bukan umat yang baik. Ayuh! Sematkan cinta khas buatNya dan kekasih Allah ini. Dan bagi hati-hati yang belum merasakan perasaan itu, masih belum terlambat. Ayuh! Ayuh kita terbitkan rasa cinta dan rindu yang .. Subhanallah .. betapa tenang dan damainya rasa itu. Sungguh! Baginda manusia terAgung yang mampu menggegar naluri hati para umat yang dahagakan kebenaran pada akhir zaman. 

"Alangkah indahnya andai Rasulullah SAW masih bersama kita.".. "Bertuahnya mereka yang hidup pada zaman nabiyuna.".. Kata-kata ini seringkali kita dengar..namun, adakah kita sedar akan apa yang sedang kita ucapkan? Ya! Percayalah wahai sahabat yang kusayangi, Rasulullah SAW masih hidup.. Baginda tidak pernah mati.. Maulana sentiasa hidup dalam hati-hati para mukmin dan mukminah..semangatnya masih jitu dalam diri para mujahidin dan mujahidah.. Sunnahnya sentiasa dihidupkan oleh umatnya yang tidak pernah melupakannya.. Baginda hadir dalam bentuk ruh menjenguk kita, menjawab selawat yang kita ucapkan dan membalas kerinduan dan cinta yang kita curahkan buatnya. 

Iya2 lah..(loghat indo), Baginda manusia yang perlu diutamakan dahulu sebelum semua manusia di dunia ini..meski kedua ibu bapa kita sekalipun. Kerana apa?! Kerana Baginda lah satu-satunya manusia yang mampu memberi kita syafaat di akhirat kelak.. Hanya insan terpilih yang layak menerima syafaat Baginda. Senang sahaja =') basahi bibir kita dengan selawat alaihi wa zaujatihi wa zurriatihi wa sohbihi wa salam.. Andai berat bagi kita untuk melakukan ibadah2 sunat yang lain, ringan2 kan lah bibir kita yang chumeyl tu untuk berselawat ke atas Rasulullah SAW. (sollu 'ala nabi!)

~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...