Sunday, October 20, 2013

Tahukah anda ??

1. Tahukah anda mengapa minum susu membantu cepat tidur ?
-> Jika anda minum segelas susu pada malam hari, akan membantu tubuh lebih santai dan tidur anda semakin nyenyak. Susu mengandungi banyak hormon tryptophan yang dapat mewujudkan rasa mengantuk dan membantu tidur lebih nyenyak.

2. Tahukah anda minum air sejuk (berais) menjadikan perut buncit ?
-> Minum minuman sejuk setelah makan boleh menyebabkan perut membuncit akibat timbunan lemak. Hal ini kerana minyak dan lemak yang baru dimakan akan tergumpal akibat air yang sejuk. Gumpalan akan menyebabkan proses pencernaan lebih cepat diserap oleh usus.

3. Tahukah anda berapa kali mata berkedip dalam sehari ?
-> Setiap hari kita berkedip sebanyak kira-kira 15,000 kali. Kenapa ? Tujuannya untuk melindungi kedua-dua bola mata kita.


(^_^) Subhanallah, betapa besarnya hikmah disebalik setiap ciptaan Allah.

الحمد لله على كل نعمة 

~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Wednesday, October 16, 2013

INSAFI DIRI

Tatkala ku bersujud padaMu,
Terasa getar keagunganMu,
Sedar betapa kerdilnya diri ini dihadapanMu, Ilahi
Betapa banyak nya dosa yang telah ku lakukan,
Ibarat pepasir di pantai.

Setiap detik nafas ku insafi,
Ku pinta agar diberi hidayah dan taufiqMu,
Diri ini alpa dengan hasutan dunia yang fana,
Seringkali ku renungkan keindahan ciptaanMu,
Segalanya agung dengan kebijaksanaanMu.

Namun, aq masih terdampar di awangan,
Masih leka dengan keseronokan duniawi ini,
Hingga terlupa kepada Maha Pemberi Nikmat,
Hati kecilku merintih, menangis, meraung meminta
agar kembal ke jalanMu yang benar,
Sebagai khalifah di muka bumi ini,
Mendukung syariat agungMu.

Ingin sekali aku melupakan fana dunia sementara ini,
Akan ku persiapkan diri menyebarkan dakwah islamiah,
Cita-cita sulungku untuk menjadi wanita solehah hiasan dunia,
Ingin ku bergelar mujahidah sejati, syahid di jalanMu.

Tangisan ku ibarat hujan yang lebat ketika melihat deritanya
saudaraku di sana yang sentiasa bertarung nyawa,
Bermandikan darah serta kehilangan insan tersayang saban hari,
Harus ku bela nasib ummah yang kian hancur ditelan arus kemodenan.

Ya ALLAH, tetapkanlah hati dan Iman ku padaMu,
Agar tabah dengan syiar jihad fisabilillah,
Satu kata digenggam erat demi kejayaanku -SABAR-
JanjiMu, disebalik kesabaran terselit hikmah yang indah,
Ku yakin janjiMu itu satu kepastian,
Peliharalah hati hamba kerdilMu ini agar terasa kemanisan iman,
Dari kekasih yang memberi Cinta TerAgung.

~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Saturday, October 12, 2013

Tanda Iman & Munafiq

Al Allamah Sayyidi Habib Umar bin Hafidz berkata :

" Alamat IMAN itu adalah dengan mencintai AHLUL BAIT,
Alamat IMAN itu adalah dengan mencintai PARA SAHABAT.

Alamat MUNAFIQ itu adalah dengan membenci AHLUL BAIT,
Alamat MUNAFIQ itu adalah dengan membenci PARA SAHABAT.

Bersaksilah ke-IMAN-an seseorang itu yang mencintai AHLUL BAIT dan PARA SAHABAT,

dan bersaksilah ke-MUNAFIQ-an seseorang itu yang membenci AHLUL BAIT dan PARA SAHABAT..."

semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita kecintaan kepada AHLUL BAIT dan PARA SAHABAT.

Wallahu`alam.

"Allahumma shalli alaa ruuhi sayyidina muhammadin fil arwah, wa 'ala Jasadihi filjasad, wa alaa Qabrihi filqubuur"

Ertinya :

(wahai Allah limpahkan selawat pada Ruh Sayyidina Muhammad di alam arwah, dan limpahkan pula pada Jasadnya di alam Jasad, dan pada kuburnya di alam kubur)

“Allahumma shalli wa sallim ‘ala Sayyidina Muhammad nuuri-kas saari wa madaadikal jaari wajma’nii bihi fi kulli athwaari wa ‘ala alihi wa shahbihi yannuur”

dan jangan Lupa membaca Al-qur'an, jangan lewatkan seharipun tanpa membaca Al-Qur'an jadikan bacaan yg paling anda senangi, berkata Imam Ahmad bin Hanbal, Cinta Allah besar pada pecinta Al-Qur'an, dengan memahaminya atau tidak dgn memahaminya.


~ اللهم صل على محمد وعلى اله وصحبه وسلم ~


~Disebalik kesabaran terselit keindahan~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...